Apa Khabar? Salam Perkenalan, Sayang!
Saat ini, bayi anda sudah cukup sempurna untuk dilahirkan. Bayi mampu mengawal suhu badannya ketika lahir dengan berat sekitar 3 kg dan panjang 50 cm. Setelah bayi selamat dilahirkan, ujian Apgar (ujian pantas yang dilakukan ke atas bayi pada satu dan lima minit selepas kelahiran) akan dijalankan ke atas bayi untuk mengenal pasti tindak balas serta tanda-tanda penting pada bayi. Semua mukus dari mulut dan hidung bayi anda akan disedut keluar oleh pakar kesihatan.
Jika anda menjalani pembedahan Cesarean, pakar kesihatan akan memberikan rawatan rapi kepada bayi sebelum bayi diletakkan di dalam pelukan ibu. Jika dalam tempoh 42 minggu tanda-tanda kelahiran tidak muncul, doktor akan menyarankan anda untuk menjalani kelahiran induksi demi kebaikan anda dan bayi anda.
Anda juga tidak perlu risau sekiranya anda perlu menjalani pembedahan. Ini kerana, anda masih boleh mengeratkan perhubungan bersama si manja sejurus selepas kelahirannya. Apa jua pengalaman kelahiran anda, penantian anda sememangnya berbaloi!
Bersalin Atau Tidak?
Kini, berat bayi anda adalah di antara 3250 g di mana tubuh bayi akan memenuhi seluruh rongga rahim. Tali pusat bayi pula mempunyai ketebalan 1.3 cm dengan 50 cm panjang di mana bayi anda berisiko terbelit dengan tali pusat. Jika perkara sedemikian berlaku dan membahayakan anda, doktor akan menyarankan anda untuk menjalani pembedahan Cesarean (C-section). Pada ketika itu, badan anda sudah cukup membekalkan antibodi yang diperlukan bayi melalui plasenta bagi mencegah jangkitan selama 6 hingga ke 12 bulan selepas bayi dilahirkan dan ia membantu sistem imunisasi bayi anda.
Para ibu mungkin akan mengalami beberapa kesakitan seperti Braxton Hicks. Walaupun kesakitan tersebut tidak akan berlaku secara kerap, ia adalah berbeza dari segi tahap kesakitan. Jika anda berasa sakit seperti ingin bersalin, bergegas ke hospital dengan segera.
TIPS:
Bernafas Dan Bertenang
Berat bayi kini sekitar enam pauns dengan panjang 20 inci. Sisa buangannnya akan terkumpul di dalam saluran penghadaman kerana bayi kini telah memiliki otot untuk menghisap dan menelan cecair amniotik. Jika bayi anda merupakan seorang lelaki, testisnya akan turun mendekati skrotum dan jika bayi anda adalah seorang perempuan, alat kelaminnya telah pun berkembang sepenuhnya.
Malah, bayi sudah mampu mengerdipkan mata, menggerakkan kepala, memberi tindak balas pada suara, memegang, menyentuh dan dapat membezakan di antara gelap dan terang. Pembuangan air besar pertama bayi anda terdiri daripada meconium (sel kulit mati) dan bulu lanugo.
Bakal ibu akan merasakan tekanan pada bahagian pundi kencing kerana bayi kini berada di dalam pelvis anda. Anda disarankan untuk memakai pad inkontinens untuk menangani sebarang kebocoran.
TIPS:
Prihatin, Periksa Dan Jangan Panik!
Walaupun kepala bayi sudah turun ke pelvik, bayi akan terus berlatih untuk menggerakkan paru-parunya kerana bayi akan bernafas setelah dilahirkan. Malah, bayi juga akan terus membesar di dalam rahim walaupun bayi telah mencapai tahap kematangan yang sempurna.
Lemak bayi kian bertambah sebanyak setengah auns (14 g) setiap hari. Berat badan bayi pada minggu ini adalah lebih kurang 2800 g dengan panjang lebih kurang 20 inci. Bayi juga akan mempelajari cara untuk tidur, menghisap, membuang air kecil dan melirikkan matanya.
Setiap bakal ibu dinasihatkan untuk mendapatkan rehat yang secukupnya kerana badan anda akan mengalami beberapa perubahan, contohnya seperti pembukaan serviks bagi persediaan untuk bersalin, penyingkiran plug mukus dan rembesan yang berlaku pada alat sulit.
Jika perkara ini berlaku, anda hendaklah melaporkan kepada doktor anda dengan serta-merta. Anda juga harus tahu bahawa bayi lelaki adalah lebih berat daripada bayi perempuan ketika dilahirkan.
TIPS:
Pemantauan Sekali Seminggu
Kini, bayi anda sudah mencapai proses kematangan di mana dia boleh dilahirkan pada bila-bila masa. Sejak dari dalam rahim lagi, bayi anda sudah mempunyai aturan tidur yang tetap. Kepala bayi akan berpusing dan menghala ke arah cahaya dan bunyi. Berat bayi anda adalah enam paun dengan panjang 18 inci lebih.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar bayi anda pada setiap minggu bagi melakukan pemeriksaan dalaman. Doktor anda akan membuat pemeriksaan dalaman bagi menentukan permulaan penipisan dan pembukaan servisk anda. Malah, anda juga harus sentiasa bersedia untuk proses kelahiran kerana pada saat ini kepala bayi akan turun ke dalam rongga pelvis di mana posisi ini mungkin akan mengurangkan tekanan pada perut dan usus anda.
TIPS: