5 Tempat Menarik di Dubai

Mempunyai bangunan-bangunan yang besar dan tinggi, padang pasir yang menakjubkan, dan pengembaraan yang mendebarkan jantung anda – Dubai sememangnya adalah syurga bagi pelbagai pelancong. Tetapi ketahuilah bahawa terdapat lebih banyak lagi tempat-tempat menarik disini. Jika anda rasa anda telah selesai membeli-belah di Burj Khalifa dan Dubai Mall, percayalah masih terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik. Berikut adalah lima tempat terbaik yang tersembunyi di Dubai, yang anda perlu melawat dan masukkan dalam senarai tempat perlancongan disini.

1.The Farm, Al Barari: Tempat Berehat Santai

the farm

Restoran The Farm di Al Barari adalah sebuah oasis yang tersembunyi di padang pasir, yang masih tidak diketahui kebanyakan pelancong. Terletak bertentangan dengan Villa, tempat itu mempunyai tasik yang panjangnya hampir enam belas kilometer, sungai, lanskap, dan lebih daripada tiga puluh taman bertema, dan sebanyak empat juta tumbuhan. Tempat yang amat sesuai untuk berehat santai, sambil menikmati keenakan masakan di restoran tersebut.

2.XVA Art Hotel: 14 bilik pereka, dan restoran yang memenangi anugerah

Kita semua tahu Dubai tidak mempunyai masalah kekurangan hotel. Tetapi XVA Art Hotel tidak seperti yang lain. Terletak di kawasan tenang di tengah-tengah tempat bersejarah Al Fahidi di Creek, hotel ini menawarkan 14 bilik yang direka secara individu, restoran yang memenangi anugerah, dan tiga halaman bertema pokok dengan penghawa dingin. Ada lagi, masakan di sana adalah sangat lazat – sehinggakan Gordon Ramsay mengakuinya.

3.Al Qudra Lakes: Berkelah seisi keluarga secara kecilan

Lake-1

Terletak di tengah padang pasir, bertempat di luar Arabian Ranches, mempunyai satu set tasik buatan manusia yang indah. Tasik ini adalah kawasan perumahan kepada itik, angsa, dan lebih dari 130 spesies burung lain. Berkonsepkan sebagai projek mesra alam, tasik ini amat sesuai untuk keluarga yang merancang untuk berkelah di sana. Dicadangkan untuk berada di sana pada waktu senja untuk melihat keindahan ketika matahari terbenam.

4.Museum Coffe Dubai: Kepada penggemar minuman kopi

Jika persinggahan bersahaja terlintas di fikiran anda, anda boleh menuju ke Muzium Kopi Dubai yang menakjubkan, terletak di tengah-tengah Daerah Sejarah Al Fahidi. Kami mencadangkan anda pergi ke sana, ambil secawan kopi yang sedap, pelajari asal-usulnya, teliti barang-barang antik, menziarah majlis, atau buat rancangan sendiri dalam senarai ini.

5.Majlis Café, Masjid Jumeirah: kafe susu unta terbaik di Dubai

The-Majlis-Cafe-Jumeirah-Mosque

Terletak di dalam Masjid Jumeirah yang tersegam indah di Dubai, Cafe Majlis, dan dikelilingi oleh pokok-pokok ghaf lama, adalah ‘kafe susu unta yang pertama di Dubai.’ Tempat ini menawarkan banyak produk berasaskan susu yang lazat (milkshake, krim ais, keju, dan krim), semuanya disediakan dari susu unta. Ia adalah tempat yang indah untuk berehat seketika dan bersantai dari kesibukan bandar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *