Masalah Akidah (1)

Beza Munafik Dengan Fasik

Soalan:
Apakah perbezaan di antara munafik dan fasik?

Jawapan:
Munafik dan fasik adalah sebahagian dari umat Islam yang masing-masing mengaku pada zahirnya masih beragama Islam. Akan tetapi mereka ini di sisi Allah mempunyai perbezaan.

Munafik: biasa orang sebut dalam sebutan harian: “talam dua muka”. Orang munafik ini membuat sesuatu mengikut kepentingan diri sendiri. Hatinya tidak bulat kepada sesuatu yang diucapkan. Apa yang diucapkan mesti ada kepentingannya dan boleh menguntungkannya.
Untuk mengenal mereka ini, telah diberi garis panduan oleh Rasulullah:

Tanda orang munafik ada tiga: Apabila bercakap dia dusta, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dikhianti.

Riwayat Bukhari dan Muslim

Fasik: Golongan yang memahami Islam secara tradisi sahaja. Mereka banyak melakukan maksiat sama ada dosa besar mahupun dosa kecil. Mereka melakukan dosa tersebut kerana menyangka perkara itu tidak berdosa ataupun menyangka dosa bukanlah soal yang bahaya. Mereka ini tidak pula mahu belajar soal-soal agama secara serius.
Di antara dosa yang mereka tidak sangka itu ialah: lelaki yang mendedahkan kepadanya ketika berjalan, berjalan tanpa alas kaki ditempat yang mudah kotor dan memandang aurat perempuan. Mereka melakukan itu semua adalah dikira fasik. Mereka adalah penghuni neraka tetapi tidak kekal di dalamnya.

Mati Bunuh Diri

Soalan:
Seseorang Islam yang mati kerana bunuh diri bolehkah disolatkan mayatnya di masjid atau di mana-mana?

Jawapan:
Orang mati kerana bunuh diri adalah dikira mati kafir. Tindakan membunuh diri ini adalah tanda dia telah menolak takdir Allah terhadapnya atau tidak redha dengan takdirNya itu. Mereka ini Allah murka dan tempatnya adalah neraka. Seseorang yang mati atas sebab itu maka tidak dibenarkan mayatnya diurus secara Islam. Ertinya mereka tidak boleh dimandi dan kafan secara aturan Islam, apa lagi dalam soal solat jenazah.

Walau bagaimanapun seseorang yang mati itu kita tidak tahu apakah benar dia bunuh diri atau orang lain yang membunuhnya. Kalau kita pasti dia bunuh diri maka itulah hukuman yang patut untuknya. Akan tetapi kalau kita tidak pasti sama ada dia membunuh diri atau dibunuh maka kita anggaplah dia dibunuh. Oleh itu kendalikan jenazahnya seperti yang disyariatkan oleh Islam. Kita lebih baik bersangka baik terhadap umat Islam. Kita serahkan urusan sebenarnya kepada Allah. Semuanya Allah menilai dengan teliti dan adil.

Artikel di atas diambil sedikit dari buku bertajuk Menjawab Masalah Anda. Moga ianya dapat membantu anda memahami dan menjawab persoalan masalah anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *