Mencintai Sifat Keanakan Dalam Diri

Anda sendiri, seperti orang lain di dunia ini, haruslah menghargai dan mencintai diri sendiri

Nobody

Seorang kawan saya membawa pakaian dia ke rumah saya. “Saya tengah membersihkan almari saya dan terpikir awak mungkin memerlukan pakaian ini.” “Terima kasih,” saya ucapkan. Selepas dia keluar, saya terus selongkar beg kawan saya. Pakaian itu bersih, tapi pudar warna, dan saiz yang tak sama dengan saya. Saya simpan beberapa pakaian yang muat, dan dermakan yang lain.

Tak beberapa lama kemudian seorang kawan lagi datang ke rumah. “Pakaian saya terlalu banyak,” dia kata. “Mungkin awak memerlukannya.” Dengan lapang hati saya menerimanya. Tapi, kebanyakan pakaian itu begitu besar, dan saya simpan beberapa saja yang muat.

Beberapa bulan kemudian, seorang kawan saya lagi munculkan diri. “Berat badan saya dah turun dan perlukan pakaian baru. Saya rasa ini mungkin sesuai untuk awak.” “Terima kasih,” saya ucapkan. Saya melihat pada cermin dan terasa badan saya dah naik. Adakah kawan saya fikir saya dah gemuk?

Kawan-kawan saya sememangnya baik. Tapi kenapa mereka memberikan pakaian lama mereka pada saya? Sekali lagi saya melihat pada cermin dan pakaian biasa saya adalah seluar jean dan baju lama. Jarang sekali membeli baju baru.

Saya sering mengutamakan keempat-empat anak saya. Saya sanggup melepaskan segalanya asalkan mereka bahagia dengan kehidupan alam sekolah mereka. Tapi saya adalah mak mereka. Sayalah yang korbankan segalanya, yang menjaga orang lain tapi diri sendiri terabai.

Pada hari biasa saya mengomel sendiri, “Kenapa saya tak cantik dan gemuk? Saya tak boleh buat apa-apa dengan betul. Saya seorang yang kekosongan.” Ayat ini selalu muncul dalam kepala saya, seolah-olah seperti rekod suara yang tak pernah berhenti bermain.

“Tiada siapa yang sayangkan saya. Hidup ini tidak adil. Saya tak pernah cukup duit. Tiada siapa peduli.” Saya adalah mangsa dalam hidup sendiri. Saya seorang saja yang berkorban untuk orang lain supaya anak-anak saya berjaya dalam hidup. Ini sememangnya kerja saya kan? Bukankah itu yang sepatutnya mak lakukan, meletakkan yang lain dahulu sebelum mereka? Mak jugalah yang mengambil makanan terakhir yang terletak di atas meja. Mak jugalah yang membersihkan segala kekotoran yang ada dalam kehidupan anak-anak mereka. Mak jugalah yang memberitahu anak-anak mereka yang mereka boleh buat sesuatu perkara yang luar biasa. Jadi, kenapa saya tidak gembira?

Sebab saya, anak-anak berjaya. Sebab pengorbanan saya, kerja-kerja rumah berjalan dengan lancar. Tapi, kenapa saya masih tak puas hati?

Kenapa, setiap kali saya luahkan perasaan saya pada kawan-kawan, mereka mendiamkan diri dan terpaksa meletakkan telefon dengan pelbagai alasan? Setiap seorang, mereka berpura-pura sibuk daripada mendengar luahan saya. Saya adalah mangsa kehidupan, saya terdesak untuk perhatian dan kasih sayang. Bukankah pepatah kata cintai orang lain sebelum diri sendiri?

Kemudian suatu hari, saya tersedar sesuatu. Memang benar, kita perlu menyayangi orang lain dulu sebelum kita. Akhirnya saya tersedar yang kebenaran itu ada. Saya sangat cintakan keluarga sendiri, tapi saya tak mencintai diri sendiri. Saya selalu mengutuk dan berkata benda-benda buruk pada diri sendiri dan tak pernah mengata orang lain.

Suatu hari saya melihat pada refleksi sendiri. Saya memikir tentang budak perempuan dalam diri saya yang dulu saya pernah bermimpi. Saya tak pernah buat apa-apa pada dia, tak juga memberikan duit untuk dia membeli baju baru. Benda kejam yang saya katakan pada dia pada hari biasa adalah sangat mengerikan. Saya tak pernah bermimpi nak ajar dia bermain muzik dan menyanyi, ataupun menghantar dia ke kolej. Saya dah lama mengabaikan dia sejak dulu lagi. Dia terasa sangat sedih dan sunyi.

Barulah saya sedar yang saya boleh berubah. Saya ada kuasa untuk mengubah kehidupan sendiri. Tiada halangan yang boleh menghalang saya kecuali satu sahaja – saya. Anak-anak saya dah besar dan gembira dengan kehidupan mereka tanpa kebingungan dari saya lagi.

Saya mula mencintai budak perempuan yang berada dalam diri saya ini seperti saya mencintai anak-anak saya sendiri. Saya berhenti berkata benda-benda buruk pada dia. Saya melihat refleksi sendiri dan berkata perkara-perkara yang memberi inspirasi. Bagaimana saya buat pada anak-anak saya, begitu juga saya buat pada budak perempuan itu.

Saya tukar dari “Awak tak cantik” kepada “Awak cantik”. Saya tukar juga “Tak pernah benda baik berlaku pada saya” kepada “Banyak benda baik berlaku pada saya”. “Saya tak pernah menang” kepada “Saya adalah seorang pemenang”. “Saya tak pernah cukup duit” kepada “Saya ada duit melebihi apa yang saya perlukan”. “Saya tak boleh” kepada “Saya boleh”. Permulaannya terasa seperti terpaksa dan kepuraan, tetapi selepas beberapa lama, saya terus mengulangi ayat sama, ianya jadi mudah.

Keajaiban berlaku. Saya menghadapi ketakutan sendiri dan kejar impian saya. Saya membenarkan diri untuk sambung belajar, mengurangkan berat badan, kejar kerjaya saya, dan beli pakaian baru pada diri sendiri, tanpa rasa bersalah. Lama kelamaan, saya bermula menguruskan duit saya dengan lebih baik dan membina semula kehidupan. Halangan hilang. Ianya sangat bermakna.

Saya berhenti komplen tentang diri sendiri, dan kawan-kawan saya bermula bercakap semula dengan saya. Sesetengah mereka berminat nak bercakap dengan saya. Dan ada juga yang memuji dengan sikap baru saya. Ada impian saya yang berjaya. Apabila saya telah habis belajar pada umur 40 tahun, anak-anak saya bangga dengan kejayaan ini dan ianya memberi inspirasi pada anak-anak saya.

Akhirnya, pada suatu hari, saya perasan yang tiada kawan-kawan saya yang memberi pakaian lagi. Mereka bertanya pada saya di mana saya beli pakaian-pakaian cantik ini. Budak perempuan dalam diri saya tersenyum. Akhirnya saya menjaga dia dengan baik sekali.

love2

Cerita di atas diambil dari buku “Think Possible” dan diterjemahkan untuk pembacaan umum. Jika anda berminat dengan cerita di atas, anda boleh membantu pengarang dengan membeli buku tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *