Nilai Kerja Sampingan Bagi Para Pelajar

Ramai yang baca tentang kisah kemiskinan pelajar di universiti.

money student

Pengajian tinggi di universiti amatlah mahal, lebih pada yang di luar negara. Jika berpeluang sudah tentulah menyimpan duit menjadi keutamaan pada setiap pelajar. Aplikasi kalkulator di smartphone anda digunakan untuk memantau pengeluaran duit dalam setiap perbelanjaan. Tetapi ada yang lebih baik daripada menyimpan, iaitu ‘membuat’ duit untuk kestabilan kewangan.

Kebanyakan pelajar melebihi umur 18 tahun ke atas apabila mereka masuk ke dunia pengajian tinggi, ramai antara mereka melihat diri sendiri sebagai orang dewasa yang bertubuh remaja. Lagipun, setengah pelajar tak pernah bekerja mendapat gaji. Memperoleh kerja sambil belajar menambahkan lagi tanggungjawab dalam kehidupan yang semestinya lebih mencabar dengan kelas harian sekali, tapi ianya dapat membentuk pelajar bersikap serius dalam menjalankan tugas. Terlepas beberapa kelas tak akan mempengaruhi markah keseluruhan kerana akibatnya tidak dirasai. Tapi jika terlewat beberapa jam bekerja, gaji anda akan dipotong. Terlepas syif anda tidak akan dibayar, dan ini akan menimbulkan masalah pada bayaran sewa rumah. Ini salah satu pengajaran hidup yang bermakna yang sepatutnya dihadapi pada usia remaja.

Pengurusan kewangan yang baru diterokai adalah satu tanggungjawab hasil daripada titik peluh sendiri. Gaji yang stabil yang menjadi hak anda membuatkan anda tergoda untuk membelanjakannya. Sambil anda dibenarkan berbelanja diri sendiri sebagai ganjaran, fikirlah tentang kerja keras yang anda lakukan selama ini sebagai asas utama kenapa anda perlu berbelanja secara berhemah.

Duit bukanlah perkara mudah untuk diperolehi. Menyimpan dalam masa kecemasan adalah amat penting sekali. Sebagai contoh, jika anda memegang beratus dollar American, dimana ianya boleh capai dalam beribu ringgit dalam Malaysia, anda boleh tetapkan minda anda untuk menyimpan duit tersebut untuk masa depan. Fikirkan yang mendapat lebih duit bermakna anda boleh menyimpan lebih, bukan belanja lebih. Bukanlah nak berkata anda tidak boleh manjakan diri sekali-sekala. Asingkan sedikit duit anda untuk bersuka-ria, kerana ianya menjadi sebahagian pengurusan stres anda.

Anda tidak perlu belanja melampaui batas tapi dengan berpada-pada akan membantu anda menghargai nilai kerja keras, dan juga akan berikan motivasi pada anda untuk mencari suasana pekerjaan baru yang lebih baik lagi supaya anda boleh meneruskan kehidupan selesa anda.

Kebarangkalian sebab utama anda melakukan kerja sampingan sebagai pelajar adalah untuk pendedahan diri sendiri di tempat kerja. Adaptasi diri pada persekitaran ofis politik adalah satu proses yang lama untuk memastikan tempat kerja itu menyenangkan. Kerja lebih masa, anda akan biasa nampak pekerja-pekerja dan bos yang melakukannya. Sesiapa yang berada di industri ini akan belajar untuk kendalikan berbagai jenis manusia setiap hari. Ianya menguji kesabaran dalam menyelesaikan setiap masalah kerja.
Dan setiap kali anda berjaya selesaikan masalah pelanggan, anda akan menjadi lebih baik apabila berhadapan dengan manusia di sekeliling anda.

Anda juga belajar untuk berkomunikasi dengan bos dan berbincang dalam isu seperti bercuti atau naik pangkat. Anda tak selalunya akan bekerjasama dengan rakan sekerja yang anda tidak suka, atau rakan sekerja yang sukakan anda. Anda tidak perlu menyukai semua rakan sekerja anda, tapi anda perlu fahami bagaimana untuk mengelakkan daripada masalah besar dan cara untuk keluar daripada masalah tersebut.
Majikan baru anda pastinya akan menghargai pengalaman kerja anda di tempat lama walaupun ianya tidak berkaitan, secara tidak langsung ianya dapat menunjukkan yang anda seorang yang bertanggungjawab.

Mempunyai duit tidaklah bermaksud seseorang itu gembira, tapi ia dapat membantu menguruskan stres selama mana anda bertanggungjawab ke atas duit anda. Bagi kita semua, belajar tinggi-tinggi adalah cara untuk mendapatkan prospek kerja di tempat yang terbaik, dan itulah sebenarnya ganjaran terbaik untuk kita semua.
Dan anda sepatutnya melakukannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *