Senaman Adalah Baik Untuk Semua

Kerap bersenam adalah baik untuk semua, tidak kira faktor umur dan jantina. Ianya sangat berfaedah pada semua pesakit yang mempunyai penyakit kardiovaskular, mengikut kajian. Tambahan lagi, ianya bermanfaat pada pesakit yang mempunyai masalah sakit jantung.

Manusia yang dah berumur cenderung pada peningkatan keradangan atau tekanan oksidatif yang menimbulkan risiko penyakit kardiovaskular.
“Hasilnya, pesakit-pesakit tua biasanya lebih cepat letih dan kurang tenaga berbanding dengan mereka yang lebih muda, dan keadaan itu menyebabkan penyakit kardiovaskular berlaku dengan lebih awal,” kata penyelidik utama Gaelle Deley dari University of Burgundy Franche-Comt di Perancis.

Walau bagaimanapun, terdapat data mengenai kesan usia pesakit terhadap faktor fizikal dan psikologi pada pemulihan jantung, kata kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cardiology Kanada.
Terdapat kajian yang mengatakan para penyelidik telah memeriksa 733 pesakit yang telah tamatkan program pemulihan jantung selama 25 sesi.

Berikutan campur tangan para penyelidik, semua pesakit mengalami kesan yang postif.

“Kami mendapati beberapa minggu latihan senaman bukan sahaja bertambahnya jumlah bilangan latihan, tetapi juga ia mampu menurunkan kebimbangan dan kemurungan. Pesakit yang mempunyai masalah fizikal yang paling teruk pada peringkat awal banyak mendapat manfaat daripada latihan ini,” kata Dr Deley.

Hasil kajian lain yang mendapati bahawa pesakit yang berusia bawah 65 tahun yang sebelum ini menghidap kemurungan, mendapat lebih banyak manfaat hasil dari senaman.

Hasil yang sama juga didapati pada pesakit lebih tua yang mengalami tekanan.

running1

Penyakit kardiovaskular adalah penyebab kematian utama di seluruh dunia. Walaupun penyakit kardiovaskular semakin menjejaskan golongan muda, namun bilangan orang yang berusia di atas 65 tahun dan lebih dari 80 tahun, mati akibat penyakit kardiovaskular juga turut meningkat.

Oleh itu, penyakit ini haruslah dicegah dari seawal umur muda kita. Jadikan amalan senaman ini berterusan sehingga ke peringkat dewasa. Sekurang-kurangnya 20 minit sehari diluangkan untuk bersenam kerana ianya banyak manfaat pada kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *